Ahad, 24 November 2013

Adab / Tatatertib Beribadah

A. Tujuan Dan Matlamat Beribadah  

Di antara tujuan dan matlamat seseorang mengerjakan solat dan lain-lain ibadah ialah:
1. Untuk bertaqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
2. Mohon Allah S.W.T. menerima dan meredhai persembahan ibadah kita.
3. Mohon agar mendapat kemenangan dan kejayaan di Hari Akhirat kelak.

B. Usaha Untuk Mencapai Matlamat

Bagi mencapai tujuan dan matlamat tersebut, beberapa adab dan peraturan terpenting hendaklah sentiasa dipenuhi ketika melakukan ibadah, khususnya solat. Di antaranya ialah:
1. Dilakukan dengan sepenuh ikhlas dan hati yang bersih kerana Allah S.W.T., bukan sekadar memenuhi kewajipan sahaja.
2. Dilakukan dengan penuh kecintaan terhadap Allah S.W.T. sebagai Khaliq yang mencipta diri kita.
3. Dilakukan dengan sepenuh tumpuan hati dan juga seluruh anggota badan (lahir dan batin). Di dalam ibadah solat hendaklah dikerjakan dengan khusyu'.


C. Pentingnya Khusyu' Dalam Solat


Khusyu' ketika mengerjakan solat merupakan jiwa yang menghayati solat itu sendiri. Setengah ulamak berpendapat bahawa solat yang tidak khusyu' adalah sia-sia sahaja. Terdapat beberapa firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan juga hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bahawa khusyu' merupakan syarat kejayaan seseorang di dalam solatnya. Di antaranya firman Allah S.W.T. (Surah Al-Mu'minun, ayat 1-2):

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ , الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Ertinya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya.

D. Kaedah Untuk Khusyu' Dalam Solat

1. Ingatkan di dalam hati bahawa kita sedang menghadap Allah S.W.T. yang sedang memerhati segala perbuatan kita.
2. Hendaklah memahami pekerjaan solat yang sedang dilakukan.
3. Dilakukan dengan hati yang bersih, ikhlas, tidak keluh kesah atau berperasaan malas.
4. Sebaik-baiknya hendaklah difahami erti dan makna setiap bacaan atau ucapan, atau zikir dalam solat seperti Takbir, Doa Iftitah, Fatihah, Surah, Tahmid, Tasbih, Tahiyyat serta doa-doa di dalam solat. Sambil membaca atau menyebut, ingatlah maknanya. Dengan demikian kita dapat menumpukan sepenuhnya pekerjaan solat itu.
Firman Allah (Surah An-Nisaa', ayat 43):

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri (mengerjakan) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.

Rasullullah S.A.W. pula bersabda yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu mengantuk ketika sedang solat, maka hendaklah berpaling dari solatnya dan hendaklah tidur sehingga mengetahui akan apa yang diucapkannya.

Dari firman Allah dan hadith Rasulullah di atas, jelaslah betapa perlunya seseorang yang sedang mengerjakan solat itu mengetahui akan apa yang dibaca atau diucapkannya.
5. Bagi menjauhi was-was dan hasutan syaitan, baca Surah An-Naas sebelum Takbiratul-Ihram.
6. Arahkan pandangan mata ke tempat sujud dari awal hingga akhir.
7. Panjangkan ruku' dan sujud.
8. Jangan menggerak-gerakkan anggota badan atau tangan semasa solat.

Bersambung...
.

Khamis, 4 Julai 2013

Himpunan Doa-Doa Amalan Harian

Assalamu 'Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh...
Semoga di ketika ini anda berada di dalam keadaan sihat wal'afiat serta dirahmati Allah SWT. Mudah-mudahan doa-doa ini memberi manfa'at kepada anda...insyaAllah.

Selamat Beramal...!!!
.

Ahad, 29 Januari 2012

Malaikat Yang Wajib Diketahui Dan Tugasannya

1. Jibril (جبريل) - Penyampai wahyu.
2. Mikail (ميكائيل) - Penyampai/pembawa rezeki yang ditentukan oleh Allah.
3. Israfil (إسرافيل) - Peniup sangkakala apabila diperintah oleh Allah di hari akhirat.
4. 'Izrail (عزرائيل) - Pencabut nyawa.
5. Munkar (منكر) - Penyoal jenazah di alam barzakh.
6. Nakir (نكير) - Penyoal jenazah di alam barzakh.
7. Ridhwan (رضوان) - Penjaga pintu syurga dan penyambut ahli syurga.
8. Malik (مالك) - Penjaga pintu neraka dan penyambut ahli neraka.
9. Raqib (رقيب) - Pencatat segala amalan baik manusia.
10. 'Atid (عتيد) - Pencatat segala perlakuan buruk manusia.

Sifat-Sifat Malaikat

Sifat-sifat malaikat yang diyakini oleh umat Islam adalah seperti berikut:

1. Selalu bertasbih siang dan malam tidak pernah berhenti.
2. Suci dari sifat-sifat manusia dan jin, seperti hawa nafsu, lapar, sakit, makan, tidur, bercanda, berdebat, dan lainnya.
3. Selalu takut dan taat kepada Allah.
4. Tidak pernah melakukan maksiat dan selalu mengamalkan apa saja yang diperintahkan Allah.
5. Mempunyai sifat malu.
6. Tidak suka dengan bau tidak sedap, anjing dan patung.
7. Tidak makan dan minum.
8. Mampu mengubah wujudnya.
9. Memiliki kekuatan dan kecepatan seperti cahaya.

Tempat Yang Tidak Disukai Malaikat

1. Tempat yang di dalamnya terdapat anjing, (kecuali anjing untuk kepentingan penjagaan keamanan, pertanian dan berburu).
2.Tempat yang terdapat patung (gambar).
3. Tempat yang di dalamnya ada seseorang muslim yang mengancukan senjata terhadap saudaranya sesama muslim.
4. Tempat yang memiliki bau tidak sedap atau menyengat.
.

Rabu, 18 Januari 2012

Sifat-Sifat Wajib Bagi Rasul

1. Siddiq (صدق) - Benar/jujur (bercakap benar di dalam menyampaikan risalah)
2. Amanah (أمانه) - Boleh dipercayai/dipertanggungjawabkan
3. Tabligh (تبليغ) - Menyampaikan
4. Fatanah (فطنه) - Cerdik/pintar/bijaksana

Sifat-Sifat Mustahil Bagi Rasul

1. Kazib (كذب) - Dusta/bohong
2. Khianat (خيانة) - Curang/pecah amanah
3. Kitman (كتمان) - Menyembunyikan
4. Safih (سفيه) - Bodoh/dungu

Sifat-Sifat Harus Bagi Rasul

Rasul dan Nabi adalah manusia biasa, justeru itu mereka sama seperti kita. Mereka memiliki segala sifat kemanusian. Mereka memerlukan makanan, minuman, berkahwin, tidur atau dijangkiti penyakit. Namun demikain segala sifat kemanusian yang mereka miliki itu tidaklah menjejaskan atau menjatuhkan taraf kenabian atau kerasulan mereka.
.

Selasa, 17 Januari 2012

Nama-Nama Nabi Dan Rasul Yang Ulul Azmi

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam.
Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.


1. Muhammad s.a.w. (محمد)
2. 'Isa a.s. (عيسى)
3. Musa a.s. (موسى)
4. Ibrahim a.s. (إبراهيم)
5. Nuh a.s. (نوح)
.

Sabtu, 14 Januari 2012

Nama-Nama Nabi Dan Rasul Yang Wajib Diketahui

1. Adam a.s. (آدم)
2. Idris a.s. (إدريس)
3. Nuh a.s. (نوح)
4. Hud a.s. (هود)
5. Saleh a.s. (صالح)
6. Ibrahim a.s. (إبراهيم)
7. Lut a.s. ( لوط)
8. Isma'il a.s. (إسماعيل)
9. Ishaq a.s. (إسحاق)
10. Ya'kub a.s. (يعقوب)
11. Yusuf a.s. (يوسف)
12. Ayyub a.s. (أيوب)
13. Syu'ib a.s (شعيب)
14. Musa a.s. (موسى)
15. Harun a.s. (هارون)
16. Zulkifli a.s (زولكيفلي)
17. Daud a.s. (داود)
18. Sulaiman a.s. (سليمان)
19. Ilyas a.s. (الياس)
20. Ilyasa a.s. (اليسا)
21. Yunus a.s. (يونس)
22. Zakaria a.s. (زكريا)
23. Yahya a.s. (يحيى)
24. 'Isa a.s. (عيسى)
25. Muhammad s.a.w. (محمد)
.