Sebagai seorang muslim mestilah mempunyai asas pendidikan Islam. Sebahagian asas yang utama adalah tauhid dan feqah yang merangkumi fardhu 'ain dan fardhu kifayah.
Tauhid
Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.
Bagaimana?
Dengan mengenali Allah dan RasulNya terlebih dahulu. Dengan mengetahui sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi kedua-duaNya.
Sifat-sifat yang wajib bagi Allah (Sifat 20):
1) Wujud (وجود) - Ada
2) Qidam (قدم) - Sedia
3) Baqa (بقى) - Kekal
4) Mukhalafatuhu Lilhawadith (مخالفته للحوادث) - Tidak sama dengan yang baharu
5) Qiyamuhu Binafsih (قيامه بنفسه) - Berdiri dengan sendiri
6) Wahdaniyah (وحدانية) - Esa
7) Qudrah (قدرة) - Kuasa
8) Iradah (إرادة) - Menentukan
9) Ilmun (علم) - Mengetahui
10) Hayat (حياة) - Hidup
11) Sama' (سمع) - Mendengar
12) Basar (بصر) - Melihat
13) Kalam (كلام) - Berkata-kata
14) Qadiran (قديرا) - Maha kuasa
15) Muridan (مريدا) - Menentukan
16) A'liman (عليما) - Maha mengetahui
17) Haiyan (حىا) - KeadaanNya yang hidup selamanya
18) Sami'an (سمعا) - Maha mendengar
19) Basiran (بصرا) - Maha melihat
20) Mutakalliman (متكلما) - Maha berkata-kata
Bersambung...